“Oleh itu biar siasatan berlaku dahulu, lepas polis dan pegawai pelindung daripada Majlis Sukan Negara (MSN) habiskan siasatan, baru kita akan komen lebih lanjut… untuk keadilan semua pihak,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan kempen pengumpulan dana bagi menghantar pasukan footgolf kebangsaan ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Florida, Amerika Syarikat hari ini.