Jurugambar Didakwa Cederakan Pereka Fesyen Dengan Kamera, Mengaku Tak Bersalah | Oh! Media

Jurugambar Didakwa Cederakan Pereka Fesyen Dengan Kamera, Mengaku Tak Bersalah | Oh! Media

Seorang jurugambar sambilan, Muhammad Imran Khairil atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua orang pereka fesyen, Azmi Abdul Rahman dan Raziman Din.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Petaling Jaya, sekitar jam 9 malam pada 8 Januari lalu.

Menurut laporan, Imran didakwa menggunakan kamera sebagai senjata untuk mencederakan kedua-dua mangsa. Namun, ketika pertuduhan dibacakan, dia membuat pengakuan tidak bersalah.

Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah.- Kata Imran kepada mahkamah.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin…

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran, mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan. Walau bagaimanapun, Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan jaminan yang lebih rendah, iaitu RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan melarang tertuduh mendekati atau mengganggu mangsa sepanjang kes berlangsung.

Kes ini dijadualkan untuk sebutan semula pada 28 Februari depan bagi menyerahkan dokumen dan perbicaraan lanjut.

Pereka fesyen Datuk Seri Vida…

BACA: Pereka Fesyen Datuk Seri Vida Kena Tumbuk Dengan Jurugambar Ketika Majlis Anugerah

Insiden ini telah mengejutkan banyak pihak, terutama komuniti seni dan fesyen. Bagaimana kamera yang sepatutnya digunakan sebagai alat seni bertukar menjadi senjata, menjadi persoalan besar dalam kes ini.

Namun, hingga keputusan mahkamah diputuskan, kita hanya mampu menantikan keadilan untuk semua pihak terlibat.

#OhmediaNasihat

Keganasan bukanlah penyelesaian kepada apa jua masalah. Kita sebagai masyarakat perlu sentiasa tenang dan profesional, terutama dalam dunia kerjaya yang melibatkan pelbagai pihak. Ingatlah, tindakan melibatkan emosi hanya akan membawa kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain. Hormati orang di sekeliling dan selesaikan konflik dengan cara yang lebih matang.


Scroll to Top