Jue Aziz tiada niat rahsiakan perkahwinan, suami penuhi kriteria dicari

Jue Aziz tiada niat rahsiakan perkahwinan, suami penuhi kriteria dicari

Pelakon Jue Aziz tiada niat rahsiakan perkahwinan daripada orang ramai selepas selamat bergelar isteri kepada Ridwan Hussien, 34, pada 18 Ogos lalu.

Aktres berusia 40 tahun itu berkata, majlis pernikahan itu terpaksa dibuat lebih awal dalam tempoh singkat.

Ini bagi memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang kurang sihat.

“Saya tiada niat untuk rahsiakan majlis pernikahan kerana ia juga berlangsung secara ringkas di masjid dan dihadiri keluarga terdekat.
“Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah.