Juara Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Pasir | Oh! Media

Juara Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Pasir | Oh! Media

Juara Masterchef Indonesia Musim 5, Stefani Horison (Fani), kini menghidangkan masakan Malaysia di restorannya, Panho Panmee & Nasi Kandar, di Tangerang, Indonesia.

Restoran itu menawarkan pelbagai hidangan popular Malaysia seperti nasi kandar, mee kari wantan ayam, panmee asli, dan cendol durian, buat warga Indonesia yang merindui cita rasa Malaysia.

Baru-baru ini, vlogger tempatan Boengkoes Official berkongsi video ulasan makanan di restoran tersebut bersama Stefani. Dalam video itu, mereka mencuba beberapa hidangan termasuk nasi kandar versi Stefani.

Menurut Stefani, walaupun dia gemar makan nasi kandar setiap hari, rasa nasi kandar Malaysia baginya kurang memuaskan.

Nasi kandar di Malaysia kurang berperisa, jadi saya cipta versi saya sendiri dengan rempah-rempah segar.- Katanya.

Stefani turut menambah bahawa rempah buatan sendiri yang digunakan di restorannya memberikan rasa yang lebih halus dan asli berbanding serbuk rempah yang biasa digunakan di Malaysia.

Kenyataan Stefani itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia. Ramai yang tidak setuju dengan pandangan tersebut dan menganggap nasi kandar buatannya tidak boleh dibandingkan dengan versi asli dari Malaysia.

Kami orang Malaysia tak pernah cakap, ‘Bakso kami lebih sedap’ kerana kami respect makanan Indonesia.- Komen pengguna bernama Cekdi.

Manakala seorang lagi pengguna, Cik Mawar, berkata.- Nasi kandar Stefani nampak cair giler, sedangkan kuah nasi kandar sebenar lebih pekat.

Netizen Malaysia berpendapat, nasi kandar Penang yang asli tetap lebih ‘umph’ dan sukar untuk ditandingi oleh versi lain.


Scroll to Top