JPA buka permohonan Biasiswa YDPA

JPA buka permohonan Biasiswa YDPA

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa rakyat Malaysia yang cemerlang dan berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025.

BYDPA yang juga program biasiswa paling berprestij di bawah JPA terbuka kepada calon berpotensi besar untuk menjadi pemimpin dalam bidang akademik dan profesional.

Keutamaan diberikan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik, serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

“Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.

“Ia termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam serta Kecerdasan Buatan (AI),” menurut JPA menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di https://bmipenajaan.jpa.gov.my bermula 3 hingga 28 Februari 2025.

Selepas melengkapkan borang permohonan, pemohon perlu mencetak dan menandatangani borang permohonan, melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan menghantar dokumen lengkap kepada JPA sebelum atau pada 7 Mac depan.

Dokumen lengkap boleh dihantar melalui serahan tangan atau pos ke alamat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top