Jordan lebih agresif dari Korea Selatan

Jordan lebih agresif dari Korea Selatan

Klinsmann menenangkan Heung-min selepas perlawanan separuh akhir Qatar 2023 di Stadium Ahmad Bin Ali tersebut. Foto: Agensi

JORDAN menampilkan persembahan lebih agresif berbanding Korea Selatan ketika negara Asia Barat itu mengesahkan slot perlawanan akhir Piala Asia Qatar 2023 pada Selasa.

Malah, Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui Jordan layak menangi aksi separuh akhir di Stadium Ahmad Bin Ali tersebut.

“Kecewa kerana kami mempunyai matlamat untuk mara ke final tetapi Jordan berhak mendapat kemenangan ini. Mereka layak ke final kerana tampil lebih agresif daripada kami.

“Saya telah beritahu pemain-pemain bahawa pertarungan ini perlu dimenangi tetapi Jordan memenangi hampir setiap pertarungan pada separuh masa pertama. Namun apabila anda bolos bermakna terdapat kesilapan tertentu terhadap pasukan.