Peninju Muay Thai negara, Jojo Ghazali tiada kuasa halang peminat patah hati apabila menyaksikan kemesraanya dengan kekasih yang dikongsikan di media sosial.
Jojo Ghazali tiada kuasa nak sekat orang untuk patah hati
Memetik laporan dari Kosmo! Jojo atau nama sebenarnya, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, 18 menyatakan yang dia tidak dapat berkahwin dengan semua orang selepas dimaklumkan ramai peminat patah hati selepas mengetahui dia sudah mempunyai kekasih.
“Takkan saya nak kahwin dengan semua orang,” ujarnya.
Artikel lain: Jojo Ghazali kongsi gambar dengan wanita, peminat pasrah undur diri
Jojo Ghazali tiada kuasa halang peminat sedih, hanya jalani kehidupan seperti orang lain
Tambahnya lagi, dia hanya mahu menjalani kehidupan seperti remaja-remaja lain di luar sana apabila berkongsi video kebersamaan dengan seorang gadis dikenali sebagai Queenna Khan.
Ujarnya, dia hanya mahu mempunyai pengalaman sebagai seorang remaja memandangkan baru berusia 18 tahun.
“Kalau ada peminat yang patah hati menonton video itu saya pun tak tahu nak buat macam mana.
“Kalian perlu ingat yang saya baru berusia 18 tahun. Saya pun nak ‘experience’ seperti remaja yang seusia dengan saya,” ujarnya.
Tak terkejut kerap jadi perhatian
Jelasnya, dia sama sekal tidak terkejut video yang dikongsi menjadi viral kerana mengetahui setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian.
“Tetapi saya tak terkejut pun video itu menjadi viral kerana sekarang ini apa-apa sahaja yang saya buat mesti akan jadi tajuk berita atau viral,” katanya.
Terdahulu, video yang dikongsi oleh Jojo sewaktu bersama kekasihnya telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, kekasihnya yang dikatakan seorang doktor telah membantu membuka jahitan di kepala susulan kecederaan yang dialami sebelum ini sewaktu pertarungan One Champianship tempoh hari.
Sumber: Kosmo! (Helmi Anuar)