Johnny’s Dan Black Canyon Sahkan Guna Bahan Dari Pembekal Yang Miliki Sijil Halal | Oh! Media

Johnny’s Dan Black Canyon Sahkan Guna Bahan Dari Pembekal Yang Miliki Sijil Halal | Oh! Media

Tular di media sosial sebelum ini mengenai beberapa rangkaian restoran terkenal bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Antara restoran yang disebut dalam kenyataan Jakim adalah Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia.

Susulan itu, pihak syarikat telah tampil dengan satu kenyataan media menjelaskan perkara sebenar.

Kenyataan penuh:

Katanya, buat masa ini Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia belum lagi “Disahkan Halal” oleh JAKIM.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan restoran ingin memberi keyakinan bahawa bahan makanan yang digunakan di restoran diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal.

Salinan sijil-sijil ini dapat dirujuk di semua restoran kami, jika perlu. Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia juga ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa tiada pengunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman yang dihidangkan.

Jelas syarikat lagi, mereka memahami kepentingan pensijilan halal kepada para pelanggan dan sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari Jakim untuk dapur berpusat (central kitchen) dan pensijilan individu untuk semua cawangan mereka.

Pihak restoran berharap penjelasan yang dibuat ini dapat membendung rasa bimbang dalam kalangan pelanggan mereka.