Jojo memang seorang anak yang baiklah! Bukan sahaja hebat bertinju tapi Johan Ghazali juga seorang anak yang baik selepas dilihat menghadiahkan jam tangan Rolex kepada ibunya, Jeanna Johnson.
Menerusi perkongsian terbaru Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, memuat naik detik manis ketika memberikan hadiah tersebut kepada insan paling istimewa dalam hidupnya.
Hadiah istimewa untuk insan istimewa….

Dalam kapsyen yang dikongsikan di media sosial, Jojo meluahkan rasa syukur kerana berpeluang membalas jasa ibunya yang selama ini menjadi penyokong kuatnya dalam dunia sukan.
Hadiah istimewa untuk insan yang sangat istimewa. Alhamdulillah Allah telah memberkati saya untuk memberi kembali kepada orang-orang yang telah berada di sana sejak hari pertama dan tanpa ragu-ragu akan selamanya ada untuk saya.- Tulisnya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ibu Jojo menangis dan memeluk erat anaknya selepas membuka kotak hadiah yang berisi seutas jam tangan Rolex.
“Terbaik la Jojo…”, itu antara komen yang ditinggalkan oleh peminat yang tersentuh melihat momen kasih sayang antara anak dan ibu ini.
Ramai puji Jojo, jadikan inspirasi untuk berikan ibu hadiah berharga juga…
Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya mengagumi tindakan Jojo dalam menghargai jasa ibunya.
Malah, ada juga yang menganggap momen ini sebagai inspirasi untuk membahagiakan ibu selepas segala pengorbanan yang dilakukan demi kejayaan anak-anak.
#ApaKataOhmedia
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup selain doa dan restu ibu bapa. Kejayaan yang diraih pasti lebih berkat apabila kita menghargai insan yang membesarkan kita.
Tidak semestinya dengan hadiah mahal, cukup sekadar kasih sayang, perhatian dan penghargaan tulus dari hati.
