Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam nafi bersekedudukan dengan wanita dikenali Dewi seperti mana dakwaan tular di akaun Telegram sejak semalam.
Jofliam di Instagram Story menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan Dewi atau nama penuh Emira Delyati Dewi memang sering datang ke rumah.
Jofliam nafi bersekedudukan
Namun, dalam masa sama, pembantu rumahnya turut berada pada waktu itu.
“Ya, Dewi selalu datang. Tapi tidak pernah tidur di rumah saya atau bersekedudukan.Pembantu rumah pun ada.
“Datang pun bila waktu nak bekerja,”kata Jofliam.
Jofliam turut menyatakan tiada istilah curang memandangkan masing-masing sudah sah bercerai.
Dalam pada itu, dia turut mempersoal individu yang mendedahkan beberapa gambar mereka berdua termasuk anak-anak serta mesej perbualan di aplikasi WhatsApp dalam sebuah grup Telegram.
Bagaimanapun, usahawan yang terkenal dengan menjual pizza wagyu tular seakan memberi gambaran bakal mengambil tindakan undang-undang.
Memang cinta, nak kahwin
Akuinya, dia dan Dewi kini sedang dalam fasa bercinta dan masing-masing bahagia dalam hubungan percintaan.
Tidak ketinggalan, dia turut mengumumkan mereka bakal mendirikan perkahwinan dalam masa terdekat.
“Saya memang sedang bercinta dan bahagia. Ya, saya juga bernikah dalam masa terdekat,”katanya lagi.
Artikel lain: Lawat anak sakit, Cik Epal dan Jofliam ‘perang mulut’ di hospital
Kemelut rumah tangga Cik Epal dan Jofliam nampaknnya masih lagi berlarutan walaupun masing-masing sudah sah bercerai apabila keduanya dilihat saling menuduh antara satu sama lain.
Drama antara mereka seakan belum berkesudahan walaupun kerap kali menyatakan mahu ‘move on’ dan memulakan kehidupan baru disamping menjadi ibu bapa yang baik buat anak-anak.
Sumber: IG Jofliam, Telegram Edisi Siasat