Usahawan pizza, Jofliam tampil menunjukkan bukti lengkap seperti sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan suntikan typhoid untuk menghentikan sangkaan jahat orang ramai terhadapnya.
BACA: Terdapat Aduan Mengenai Perniagaan Piza Jofliam, Didakwa Ganggu Ketenteraman Awam
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Jofliam turut menyertakan sijil kursus pengendalian makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beserta kad vaksinasi typhoid yang dibuat pada tahun 2023.
Jofliam tunjuk bukti
Jelasnya, semua dokumen lengkap diperlukan untuk kelulusan perlesenan dan perniagaannya dikatakan beroperasi secara berlesen di unit yang dinyatakan.

Lebih memburukkan keadaan, Jofliam mendedahkan bahawa terdapat banyak laporan palsu yang bukan sahaja menyusahkan dirinya, malah turut menyulitkan pihak jabatan yang terlibat.
Jadi tuduhan terhadap saya tiada typhoid sangat tak berasas. Saya terpaksa bersuara kerana banyak laporan palsu yang menyusahkan jabatan-jabatan.
“Saya percaya kenyataan saya akan di twist lagi”

Beliau juga mengakui sudah lali dengan spekulasi dan ‘twist’ yang mungkin akan berlaku terhadap kenyataan yang dikeluarkan, namun beliau tetap percaya dengan prinsip ketelusan.
Saya percaya statement saya akan di twist lagi. Tapi itu lah harga seorang Jofliam.
Dalam masa sama, beliau turut berkongsi bahawa minggu hadapan, dia akan berjumpa dengan wakil pihak MP Ampang Jaya untuk berbincang penambahbaikan dari segi kaedah operasi perniagaannya demi masa depan yang lebih sistematik.