Pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam, mengakui bahawa keruntuhan rumah tangganya bersama Cik Epal berpunca daripada ahli keluarganya sendiri.
Dalam satu pendedahan mengejutkan, Jofliam mendakwa kakaknya menjadi punca utama perpisahan mereka.
Keluarga saya dah hancur. Masjid saya dah hancur, bayangkan manusia atau tidak kalau seorang kakak menghancurkan sendiri rumah tangga adik dia sendiri.- Kata Jofliam.
Tambahnya lagi, abang-abangnya juga bertindak terlalu cepat menghukumnya tanpa mendengar penjelasan daripada pihaknya.
Jofliam turut mendedahkan kepada Gempak bahawa dia tampil bersuara kerana menerima ancaman daripada keluarganya.
Bila saya balik Malaysia saya takut jadi apa-apa kepada saya, disebabkan itu saya tampil untuk membuat pendedahan.- Jelasnya.
Sebelum ini, media sosial dipenuhi dengan spekulasi tentang kemelut rumah tangga Jofliam dan Cik Epal, termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
