Joe Biden dijangkiti Covid-19, batalkan kempen di Las Vegas

Joe Biden dijangkiti Covid-19, batalkan kempen di Las Vegas

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat Joe Biden membatalkan kempen di Las Vegas selepas disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre pada Rabu berkata, Biden,81, mengalami simpton ringan dan akan terbang pulang ke rumahnya di Delware.

Katanya, Presiden akan menjalani kuarantin kendiri namun akan tetap meneruskan tugas beliau sepenuhnya.

Beberapa minit selepas pengumuman itu, Biden bersama pasukan pengiringnya bergerak ke lapangan terbang Las Vegas dan sempat memberitahu wartawan beliau berada dalam keadaan baik.

Doktor kepada Presiden, Dr Kevin O’Connor dalam satu nota berkata, Biden mengalami simptom sistem respiratori bahagian atas termasuk selsema dan batuk.

Beliau dibekalkan engan ubat antiviral Paxlovid.- Agensi