JKM cari waris bayi perempuan

JKM cari waris bayi perempuan

am@hmetro.com.my

Kuantan: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris bayi perempuan berusia 14 hari yang ditinggalkan di warung Kampung Jenud, Ulu Atuk, Raub.

Bayi berkenaan menjalani pemeriksaan di Hospital Raub, kini ditempatkan di bawah penjagaan JKM.

Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Raub, Fairuez Ramli berkata, bayi berkenaan ditemui suami isteri yang mengusahakan warung pada 28 Ogos lalu.

Katanya, ketika ditemui bayi terbabit dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Jeruas dan dirujuk ke Hospital Raub.

“Tiada sebarang dokumen diri dan nota ditemui bersama bayi terbabit yang kini di bawah penjagaan institusi JKM sepenuhnya,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi terbabit diminta menghubungi PKMD Raub di talian 09-3551113.

© New Straits Times Press (M) Bhd