JIM jamin kawalan kemasukan warga asing lebih cekap, berkesan

JIM jamin kawalan kemasukan warga asing lebih cekap, berkesan

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan (MOF) di atas kelulusan pembukaan empat pintu masuk baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pembukaan tersebut membolehkan kawalan kemasukan warga asing dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. 

Justeru itu, kata beliau, JIM akan mengadakan jalinan dengan kerajaan negeri kerana ia melibatkan urusan pengambilan tanah dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.

“JIM akan memberi fokus kepada sistem automasi di Pintu-pintu masuk baru dan sedia ada supaya masa menunggu dapat Di percepatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, pembukaan empat pintu masuk baharu jabatan itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Zafrul berkata, peruntukan pembukaan berkenaan adalah bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen susulan perubahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Telok Melano. – UTUSAN