JIM Ambil Serius Isu Penderaan Di Depot Imigresen, Tindakan Tegas Menanti | Oh! Media

JIM Ambil Serius Isu Penderaan Di Depot Imigresen, Tindakan Tegas Menanti | Oh! Media

Baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengeluarkan kenyataan berkaitan insiden 131 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari 2024.

Kes ini mendapat perhatian Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang mengeluarkan hasil siasatan bahawa terdapat undur kekerasan dan penderaan fizikal serta mental terhadap tahanan oleh beberapa pegawai JIM antara tahun 2020 hingga 2021.

JIM

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Zakaria Bin Shaaban berkata, JIM tidak mengambil ringan isu tersebut.

Sebagai agensi yang menguruskan 25 depot imigresen di seluruh negara, termasuk depot sementara dan pusat Baitul Mahabbah, JIM sentiasa komited untuk memastikan pengurusan tahanan mengikut standard antarabangsa.

Ini termasuk piawaian seperti United Nation Standard Minimum Rules for The Treatment of Prisoners (The Nelson Mandela Rules) dan juga panduan dari International Committee of The Red Cross (ICRC).

Kami tidak akan berkompromi terhadap apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pegawai.

JIM kini menunggu laporan penuh daripada EAIC untuk tindakan lanjut. Jika didapati ada pegawai yang terlibat dalam penderaan dan kekerasan seperti yang didakwa, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada.


Scroll to Top