Seorang wanita dakwa polis buat isyarat lucah dan menjijkkan ketika dia yang juga jurufoto sedang bertugas, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian wanita yang dikenali Intan, dia mendakwa polis anggota beruniform berkenaan telah membuat isyarat lucah kepadanya ketika menyertai sebuah protes tempoh hari.
Dalam hantaran di Instagram, Intan turut mendedahkan foto yang memaparkan pegawai berkenaan membuat beberapa isyaray lucah hasil daripada tangkapan lensa kameranya.
“Semasa mengambil foto untuk satu protes, seorang pegawai polis, dalam seragam dan sewaktu bertugas membuat isyarat lucah kepada saya, dan saya dapat tangkap dalam kamera saya.
“Nama di tag dia ialah Faris,”tulisnya.
Wanita dakwa polis
Intan berkata, ketika kejadian, dia sedang berdiri seorang diri di tangga jejantas dan sedar isyarat tersebut ditujukan kepadanya.
Dakwanya, anggota polis yang turut bersebelahan dengan individu berkenaan turut menyaksikan perbuatan tersebut berserta gelak..
Berdasarkan foto yang dikongsikan wanita tersebut, dapat diperhatikan anggota polis berkenaan melakukan isyarat tangan yang berbaur lucah, dipercayai menjurus ke arah seks oral.
Secara sepintas lalu, Intan mendakwa dia dapat melihat anggota terbabit berkemungkinan mempunyai cincin kahwin pada jarinya.
“Saya sudah dinasihatkan oleh beberapa pihak untuk membuat laporan rasmi mengenai insiden ini, saya sedang mempertimbangkannya. Ada banyak perkara yang saya boleh kupas mengenai kejadian ini.
“Apa-apa pun ia adalah satu kelakuan yang menjijikkan, terutamanya daripada seorang anggota polis yang merupakan badan beruniform dan sedang bertugas. Lebih-lebih lagi dilakukan terhadap orang awam.
“Tak sangka seorang anggota polis boleh terlintas dalam fikirannya untuk melihat saya sebagai objek seksual. Ini bukan lawak jenaka, tetapi gangguan seksual.
“Pendedahan ini diharap dapat menyedarkan masyarakat bahawa ia adalah satu perbuatan yang tidak normal, tindakan sedemikian tidak wajar dibiarkan menjadi kebiasaan,” ujarnya.
Dia turut berkongsikan foto penampilan dirinya pada waktu kejadian iaitu t-shirt berkolar lengan panjang dan seluar ‘slack’ longgar, membuktikan pemakaiannya tidak mencolok mata.
Artikel lain: Buntu cari kerja, lelaki terpaksa tahan kereta peronda polis, jual jam tangan demi tanggung anak2
Menjengah ke ruangan balas, ada individu lain turut mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual daripada pegawai polis sama beberapa bulan lalu.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa bengang terhadap tindakan jijik anggota polis tersebut malah berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas.
Setakat artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dan pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai individu berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu telah membuat laporan gangguan seksual dilakukan polis berkenaan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Sumber: Instagram byints