Jenazah Sheikh Mohd Ali selamat dikebumikan

Jenazah Sheikh Mohd Ali selamat dikebumikan

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seramai 20 anggota bomba dengan bantuan penduduk kampung membantu pengebumian lelaki 420 kilogram, malam ini.

Jenazah Sheikh Mohd Ali Omar, 44 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor jam 11.20 malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, bomba menggunakan lori lima tan untuk mengangkat arwah daripada rumahnya di Kampung Pasir Hor untuk ke tanah perkuburan.

Katanya, mereka bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudahkan dengan seratus peratus tenaga manusia digunakan untuk menurunkan arwah ke liang lahad.

“Syukur Alhamdulillah, kita juga banyak dapat sokongan warga mukim di sini, di pihak penghulu juga memudahkan urusan pengebumian.

“Dari segi aspek pengurusan jenazah ke liang lahad, kita guna tenaga kita semua tadi, keseluruhan 20 orang dan guna troli buatan sendiri,” katanya.

Jenazah Sheikh Ali selamat dikebumikan bermula 10.30 malam tadi disaksikan hampir 100 penduduk kampung yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum ini, media melaporkan kebuntuan keluarga Allahyarham Sheikh Ali untuk menguruskan jenazah beliau kerana ketiadaan surat pengesahan kesihatan selain keadaan arwah yang berat 420 kilogram.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top