am@hmetro.com.my
Seremban: Jenazah remaja yang meninggal dunia dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, di sini, selamat dikebumikan hari ini.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, di Sikamat pada 12.40 tengah malam.
Mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia pada 7.23 malam tadi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas lima hari bertarung nyawa.
Terdahulu, jenazah selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Kariah Mambau pada 11.25 malam, sebelum dibawa ke Surau Flat UDA Ampangan untuk disolatkan.
Remaja itu adalah mangsa ketiga yang meninggal dunia dalam kemalangan yang membabitkan kereta Honda Jazz.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam Khamis lalu, dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut, manakala tiga lagi parah termasuk pemandu dan penumpang Honda Jazz.
Dua maut, motosikal dirempuh kereta dekat lampu isyarat
Dua remaja maut kemalangan, pemilik dashcam belum muncul
Kakak pemandu Honda Jazz sebabkan kematian dua beradik mohon maaf
© New Straits Times Press (M) Bhd