am@hmetro.com.my
Baling: Jenazah kanak-kanak autistik Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, yang ditemukan lemas di Sungai Kupang, di sini, pada Isnin lalu akhirnya dituntut ahli keluarga, hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling, dSuperintendan Azmi Mokhtar mengesahkan perkara itu melalui aplikasi WhatsApp.
“Ya (sudah dituntut),” katanya secara ringkas ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Difahamkan, jenazah kanak-kanak itu dijangka dikebumikan petang ini.
Jenazah mangsa ditemui pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri lalu, kira-kira 500 meter dari rumahnya di kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kampung Landak Paya, Kupang, di sini.
Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang dari rumahnya sejak Jumaat lalu selepas keluar seorang diri berjalan sebelum disedari ahli keluarganya.
© New Straits Times Press (M) Bhd