Jefri Nichol Teringin Pergi Kelantan, Anggap Ameera Khan Paling Cantik Di Dua Negara

Jefri Nichol Teringin Pergi Kelantan, Anggap Ameera Khan Paling Cantik Di Dua Negara

Kekasih kepada Ameera Khan yang juga pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol memberitahu dia teringin ke negeri Kelantan jika datang ke Malaysia kelak.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Jefri memberitahu mengenai perkara itu ketika menjawab soalan daripada netizen, apatah lagi Kelantan merupakan tempat kelahiran Ameera.

BACA: Jefri Nichol Cacah Tatu Nama Ameera Khan Di Jari

“Saya sebenarnya teringin nak pergi Kelantan,” katanya.

Sementara itu, Jefri turut memberikan reaksi apabila ada netizen memuji kekasihnya itu cantik serta beranggapan Ameera adalah wanita paling cantik satu Indonesia dan Malaysia.

“Iyalah bro. Cantik sangat se Indonesia, Malaysia. Alhamdulillah, Alhamdulillah,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Jefri serta berpendapat Ameera sememangnya wanita yang cantik.

Malah, ada yang mengatakan wanita yang berasal dari Kelantan kebanyakkannya sememangnya cantik-cantik termasuk ahli keluarga Ameera.


Scroll to Top