Jefri Nichol teringin ke Kelantan, anggap Ameera Khan paling cantik di dua negara

Jefri Nichol teringin ke Kelantan, anggap Ameera Khan paling cantik di dua negara

Aktor kacak Indonesia, Jefri Nichol teringin ke Kelantan sewaktu menjawab soalan daripada netizen ketika bersiaran langsung di media sosial.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik semula oleh akaun peminat, Jefri Nichol menyatakan yang dirinya teringin untuk ke Kelantan jika datang ke Malaysia lagi.

Jefri Nichol teringin ke Kelantan, tempat kelahiran kekasih

Perkara tersebut sudah tentu menjadi perhatian memandangkan negeri Serambi Mekah itu merupakan tempat kelahiran kekasih hati, Ameera Khan.

“Saya sebenarnya teringin nak pergi Kelantan,” ujarnya.

Jefri Nichol teringin ke Kelantan

Jefri Nichol teringin ke Kelantan, puji kekasih paling cantik!

Dalam pada itu, pelakon filem Jakarta vs Everybody berkenaan turut memberi respon sewaktu ada netizen yang memuji bahawa kekasihnya cantik.

Dia dengan tersenyum membenarkan perkara itu serta menganggap adik kepada selebriti Noor Neelofa itu adalah paling cantik satu Indonesia dan Malaysia.

“Iyalah bro. Cantik sangat se Indonesia, Malaysia. Alhamdulillah, alhamdulillah,” ujarnya sambil tergelak.

Artikel lain: Berfikiran terbuka, Ameera Khan tak kisah tonton babak ‘panas’ Jefri Nichol

Ameera Khan memang cantik

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan daripada pelakon itu kerana merasakan Ameera memang seorang yang cukup cantik.

Mereka juga menambah bahawa wanita yang berasal dari Kelantan kebanyakkannya memang cantik-cantik seperti ahli keluarga influencer tersebut.

Orang Kelantan memang terkenal cantik-cantik

Peminat doakan agar mereka bersatu

 

Hubungan cinta antara Ameera Khan dan juga Jefri Nichol nampaknya bukan lagi rahsia apabila masing-masing tidak lokek berkongsi kemesraan mereka di media sosial.

Kedua-duanya turut dilihat saling berkunjung bagi meluangkan masa bersama-sama memandangkan mereka terpisah oleh sempadan negara.

Sumber: TikTok ameera_nichol

Scroll to Top