Janna Nick beli rumah kedua

Janna Nick beli rumah kedua

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Janna Nick wajar menjadi contoh dalam mengumpul aset hartanah pada usia muda apabila dia kini memiliki kediaman kedua.

Menerusi Instagram miliknya, wanita berusia 27 tahun itu memuat naik foto yang berlatarbelakangkan rumah teres dua tingkat yang baru dibeli.

“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #newhouse.

Pada tahun 2017, pada usia 21 tahun, Janna sudah mampu membeli rumah dengan hasil titik peluh sendiri.

Namun beliau mengakui banyak pengorbanan terpaksa dilakukan demi merealisasikan impiannya itu.

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak berada dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk,” katanya ketika itu. – MalaysiaGazette

Scroll to Top