“Jangan sebab rindu, nak dekat ex semula…”- Cik B sindir Vida & Iqbal?

“Jangan sebab rindu, nak dekat ex semula…”- Cik B sindir Vida & Iqbal?

Ramai mengetahui hubungan antara usahawan kontroversi, Dato’ Seri Vida dan Iqbal Zulkefli sudah pulih dan tiada lagi persengketaan yang berlaku antara mereka berdua.

Bahkan, mereka kerap berkongsi ‘momen’ bersama sebaik sahaja sudah berbaik sehingga hubungan ‘istimewa’ itu menjadi bualan ramai termasuk ramai mendoakan kedua-dua usahawan itu berjodohan.

Walau bagaimanapun, perkongsian anak kepada usahawan Dato Seri Vida iaitu Cik B di laman TikTok mencetuskan tanda tanya ramai.

Menerusi video berdurasi 16 saat itu, dilihat Cik B sedang menari lagu viral beserta kapsyen seakan ditujukan khas buat hubungan ibunya dan Iqbal.

“Just because you miss your ex, doesn’t mean you need them back. Missing is just a part of moving on,”tulisnya.
@cikb_havoc

Alright? #fyp #fypシ #relationship #ColorCustomizer

♬ Ginseng Strip 2002 – Yung Lean

Rata-rata netizen mendakwa Cik B seakan memerli DSV yang kini dilihat rapat semula bersama bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli.

Selain itu, ramai meninggalkan ucapan terima kasih kepada Cik B kerana memberikan sedikit kata-kata membina mengenai perhubungan dalam kehidupan terutama ditinggalkan oleh bekas kekasih hati.

Sumber: TikTok @cikb_havoc

Scroll to Top