“Jangan Normalisasikan Maksiat” – Teguran Dr Ahmad Sanusi Kepada Artis, Orang Awam | Oh! Media

“Jangan Normalisasikan Maksiat” – Teguran Dr Ahmad Sanusi Kepada Artis, Orang Awam | Oh! Media

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi membuat satu teguran terbuka kepada artis dan orang awam supaya tidak menormalisasikan maksiat.

BACA: “Jangan Normalisasi Bawa Pasangan Belum Sah” – Individu Tegur Orang Bujang Lupa Adab

Beliau menegaskan perbuatan seperti bertepuk tampar dan berpegang tangan tanpa ikatan yang sah adalah sesuatu yang dicegah dalam Islam.

Awas! Rasulullah beri amaran keras

maksiat

Ujar beliau, Rasulullah SAW telah memberi peringatan yang tegas kepada mereka yang bercinta tetapi seronok berpegangan tangan.

Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda:

لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa seriusnya larangan tersebut. Menyentuh seseorang yang bukan mahram bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh kerana ia membuka pintu kepada perkara yang lebih buruk.

Tanggungjawab selebriti dan influencer dalam menjadi contoh

dr ahmad sanusi
Dr Ahmad Sanusi (Kredit foto: Sinar Harian)

Beliau menambah, lebih membimbangkan apabila golongan dikenali ramai atau influencer secara terbuka menunjukkan contoh yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Jika ada golongan muda yang meniru perbuatan tersebut, maka mereka akan menanggung dosa perbuatan itu.

Sabda Rasulullah:

وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا ، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat dalam Islam, lalu diikuti oleh orang yang lain, maka akan ditulis baginya dosa bagi orang yang melakukan perbuatan tadi, tidak berkurang sedikit pun dari dosa tersebut.” (HR Muslim)

Beliau turut memberi teguran kepada orang awam supaya tidak menyokong perkara yang salah. Jelasnya, menyebarkan sesuatu yang boleh membawa kepada maksiat bukan sahaja memberi kesan negatif kepada masyarakat, tetapi juga boleh mengundang kemurkaan Allah.

Perkongsian penuh:


Scroll to Top