Jangan Lupa Ambil Suplemen Untuk Kesihatan Menyeluruh | Oh! Media

Jangan Lupa Ambil Suplemen Untuk Kesihatan Menyeluruh | Oh! Media

Selepas sebulan berpuasa, kini tiba musim beraya pula. Amat penting untuk memastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar kekal sihat selepas Raya.

Selain menjaga pemakanan, pengambilan suplemen yang betul juga dapat membantu menyokong kesihatan secara menyeluruh. Jom lihat bagaimana boleh mengekalkan kesihatan dengan cara yang mudah!

Mulakan hari dengan nutrien yang mencukupi 

healthy salad

Mulakan hari dengan sarapan. Korang boleh ambil Blackmores Multivitamin + Mineral (MAL 13085024NCR), yang mengandungi 20 jenis nutrien seperti Vitamin A, B, C, E, D3, zinc, magnesium, iron dan pelbagai lagi yang penting untuk kesihatan keseluruhan.

Cara pengambilan: 1 tablet selepas sarapan untuk memastikan badan mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi sepanjang hari.

Vitamin C untuk menyokong kesihatan harian! 

Vitamin C adalah nutrien penting yang perlu diambil secara konsisten.

Blackmores Daily Protect Chewable (MAL 23076062NCR) adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi 500 mg vitamin C dan hesperidin (ekstrak sitrus semula jadi) yang baik untuk kesihatan.

Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen bagi memastikan tulang kekal sihat. Tubuh kita tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri dan memerlukannya dari makanan dan suplemen.

Suplemen dari Blackmores ini tidak mengandungi perisa dan pemanis tiruan, menjadikannya selamat untuk diambil setiap hari. Yang paling menarik, ia dalam bentuk tablet kunyah, sesuai untuk mereka yang tidak suka menelan pil atau kapsul!

Cara pengambilan: Kunyah 2 biji selepas makan setiap hari nanti untuk memastikan badan mendapat vitamin C yang mencukupi.

Disahkan halal oleh JAKIM

Sebagai Muslim, mencari makanan yang halal adalah kewajipan. Jangan risau untuk kekal sihat dengan suplemen Blackmores yang disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan adanya sijil halal ini, pengguna Muslim boleh mengambil suplemen Blackmores dengan penuh keyakinan.

Blackmores juga telah berpengalaman dalam menghasilkan produk suplemen berkualiti dan membuktikan komitmen mereka dalam kualiti dari segi penggunaan bahan bermutu.

Jangan lupa ambil suplemen untuk kesihatan menyeluruh! 

Selain makanan yang sihat, suplemen dapat membantu menambah nutrien dalam badan dan menyokong kesihatan sepanjang musim ini.

Dengan pengambilan nutrisi yang betul, korang boleh menikmati Raya dan selepas Raya serta membuat aktiviti harian dengan sihat.

Jadi, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat dan pastikan badan sentiasa mendapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat sentiasa.

Blackmores Multivitamin + Mineral Tablets dan Blackmores Daily Protect Chewable digunakan sebagai suplemen kesihatan.

KKLIU 1279/ EXP 31.12.2027

Scroll to Top