“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

“Jangan Dah Terhantuk Baru Nak Usaha, Rujuk Bukan Untuk Semua Orang” – Diana Danielle

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle meminta segelintir pihak untuk berhenti mengaitkan konflik keretakan rumah tangga pasangan lain dengan perkahwinannya bersama aktor, Farid Kamil.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story (IGs), pelantun lagu Bersama Dengan Rindu ini memaklumkan dia dan suaminya, Farid masih mencari keserasian selepas kembali rujuk pada 31 Ogos 2023.

“Boleh tak kita semua berhenti untuk mengaitkan masalah orang lain dengan nama saya dan suami? Kami pun ada masalah sendiri yang perlu diuruskan.

“Kami masih dalam fasa mencari keseraian dalam ‘alam baru’ ini. Sangat-sangat mencabar. Tolong jangan ingat semua orang boleh ikut cara orang lain. Rujuk bukan untuk semua orang,” katanya lagi.

Diana berkata demikian dalam hantaran di IGs yang memaparkan pautan artikel berhubung usaha Farid dalam mempertahankan rumah tangga mereka saat diuji dengan perceraian pada 10 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, pelantun lagu Bersama Dengan Rindu ini turut memberi pesanan kepada golongan lelaki di luar sana untuk tidak menjadikan tabiat menyelamatkan sesuatu hubungan itu di saat akhir.

“Perempuan nak tengok effort dalam perkahwinan, bukan di pintu mahkamah. Tolong jangan make it a habit, terhantuk baru nak usaha. Jangan, nak pelihara dari awal, bukan bila dah tak boleh diselamatkan.

“Lepas tu salahkan wanita yang dah tak mampu untuk memaafkan,” katanya.

Diana Danielle

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos 2023.

Mereka bagaimanapun sah rujuk semula pada 31 Ogos 2023 ketika masih dalam idah.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: Usaha Farid Kamil Pertahankan Rumah Tangga Wajar Dicontohi Para Suami? Tuan Badan Respons – “Kembali Kepada Agama Saja”

Scroll to Top