“Jangan Beli Lagi” – Kambing Perap Dikritik Tak Sedap? Zara Zya Tampil Respon

“Jangan Beli Lagi” – Kambing Perap Dikritik Tak Sedap? Zara Zya Tampil Respon

Umum mengetahui, sempena Ramadan kali ini, pelakon Zara Zya turut dilihat turun padang menjalankan perniagaan kambing perap di bazar Ramadan yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.

Namun, sejak semalam tular perkongsian seorang pelanggan mendakwa kambing perap yang dijual pelakon itu tidak sedap serta memberi penilaian 1 daripada 10.

BACA: “Untuk Naikkan Semangat” – Zara Zya Seronok Niaga Kambing Perap Di Bazar Ramadan

Menerusi hantaran itu juga, pelanggan itu turut meluahkan rasa kecewa berat kambing perap yang dibeli tidak sampai 150 gram selepas membuang sayur kubis.

Hantaran individu itu turut mendapat perhatian Zara Zya yang tampil memberikan respon dengan mengucapkan terima kasih di atas maklum balas berkenaan.

Malah, Zara turut memberi cadangan jika mahu lebih berpuas hati, boleh cuba dapatkan pek frozen yang dijual pada harga RM59 untuk 1.2kg dan tiada sayur kubis.

Sementara itu, Zara berkata jika tidak sedap tidak mengapa serta tidak perlu membeli lagi, namun janganlah sampai menghasut orang lain pula.