Umum sedia tahu bahawa ketika ini, pandemik di Tanah Air berada dalam keadaan yang membimbangkan. Rata-rata rakyat Malaysia tidak dapat kemana-mana atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun begitu, salah seorang ahli parlimen yang memegang kawasan Padang Rengas telah terbang ke Perancis bersama keluarga bagi mendaftarkan anaknya yang berusia 5 tahun bersekolah di sana.
Disebabkan itu, banyak pihak terutamanya rakyat Malaysia berasa geram dan ‘menyerang’ media sosial isteri kepada ahli parlimen tersebut.
Seperti tersilap langkah, kata-kata yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas dan isterinya telah ‘memakan diri’ kerana disifatkan sombong dengan mandat yang diberikan rakyat kawasan tersebut selama 6 penggal kepadanya.
Disebabkan isu berkenaan Datuk Seri Nazri Aziz ini mendapat perhatian umum, selebriti terkenal, Bront Palarae menerusi akaun Twitternya telah meminta penduduk setempat dan sekitarnya untuk memuat naik gambar-gambar di Padang Rengas untuk tatapan semua berkenaan kemajuan kawasan berkenaan sejak 1995 sehingga kini.
Setelah 6penggal, sgt berharap kemajuan kualiti hidup rakyat Padang Rengas selari dengan kualiti & kemakmuran hidup YB.
Sesiapa ingin berkongsi kemajuan & kemakmuran Padang Rengas sekarang, silakan. https://t.co/PErZugtOWi
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) July 13, 2021
Selain itu, ada juga yang ‘berpeluang’ menghubungi sendiri isteri ahli parlimen tersebut menerusi direct message (DM) ke akaun Instagram haflinnazriaziz .
Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima di Twitter milik @takterqiyra dan beberapa lagi individu mengenai luahan mereka terhadap ahli parlimen berkenaan.
Kenyataan yang dibuat di IG story isterinya telah membuatkan banyak pihak berasa ralat memandangkan beliau merupakan ahli parlimen yang pastinya harus berada bersama-sama rakyat ketika waktu sukar ini.
Sumber: Twitter @takterqyira, @Bront_Palarae, @faizalabdhalim_