“Kami diberikan peluang untuk menjadi juri bukan hanya untuk menilai suara dan bakat”.
Demikian respons penyanyi popular, Ziana Zain apabila diberikan tugas menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bagi program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM).
Kata Ziana ketika ditemui XTRA, dia mahu bersikap positif sekaligus mengambil peluang untuk membimbing penyanyi baharu menjadi artis yang berkualiti.
Bukan itu sahaja, sikap berdisiplin dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan orang sekeliling adalah rencah utama yang sangat penting bagi seorang penyanyi untuk kekal relevan dalam industri muzik tanah air.
“Kami diberikan peluang untuk menjadi juri bukan hanya untuk menilai suara dan bakat. Tapi, kami juga ingin berkongsi pengalaman dan mendidik mereka untuk menjadi penyanyi yang bagus.
“Sebagai contoh, macam mana pembawakan diri mereka ke dalam industri ini, hubungan baik mereka dengan orang ramai dan peminat. Itu sangat penting terutamanya disiplin.
“Sewaktu saya mula menyanyi pun saya belajar kriteria setiap penggiat industri untuk kekal lama dan digilai ramai.
“Jadi kami (juri tetap) ingin sulamkan kriteria itu dalam diri peserta,” ulasnya.
Ziana berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media program realiti CSOIAM yang bertempat di Jio Space, Petaling Jaya, pada Isnin.
Selain bertanggungjawab mengadili peserta, pelantun lagu Madah Berhelah itu mengaku ada beberapa pelapis baharu yang sudah mula menunjukkan ‘attitude’ mereka.
Bagaimanapun, Ziana menyifatkan, sikap lupa diri dan hidung tinggi tidak dapat membantu seseorang penyanyi untuk kekal lama dalam industri.
“Ramai penyanyi baru sekarang yang sudah lupa diri. Kita tidak mahu benda itu berlaku.
“Saya dan Yusry juga masih belajar dengan bakat muda. Orang lama belajar dengan pelapis baru. Begitu juga kita mahu pendatang baru ambil pengalaman daripada kita.
“Jangan ada yang hidung tinggi. Saya pernah bekerja dengan orang baru ini. Baru popular dah hidung tinggi… ramai sebenarnya,”katanya.
Menguals lanjut, Ziana menyifatkan penyanyi yang seangkatan dengannya cukup beruntung dek kerana masih kekal lama dalam industri muzik.
Ini kerana, selain diberikan lagu berkualiti, sikap berdisiplin dan keterujaan untuk belajar itu sangat tinggi.
“Apa yang saya boleh katakan kami beruntung sebab ada lagu yang berkualiti. Orang selalu tanya generasi kami boleh kekal lama dalam industri.
“Kami juga beruntung kerana masih dihormati peminat. Sebab imej kita yang pandai menjaga hubungan baik dengan semua pihak termasuklah syarikat rakaman dan rakan-rakan media.
“Tidak rugi jaga disiplin dan hubungan baik dengan orang sekeliling,” jelasnya.
Selain Ziana, Datuk Yusry Abdul Halim dan penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan adalah antara barisan juri tetap yang diberi mandat untuk mengadili peserta.
Buat para peminat yang sudah lama menantikan program popular ini, nantikan konsert minggu pertama CSOIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember 2024.
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan CSOIAM Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!
Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.
ARTIKEL BERKAITAN:Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Cabar Diri, Alina Hassan Jadi Peserta Top 100 Paling Senior Di Calpis Soda OIAM - “Ada Lagi Ke Nak Dengar Suara Mak Cik?”
ARTIKEL BERKAITAN:Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuantan, Allan Andersn Bersyukur Lolos Ke Peringkat Seterusnya
ARTIKEL BERKAITAN: Duo Istimewa Tanpa Penglihatan Tampil Memukau Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM, Terima Tawaran Rakaman Daripada Juri