Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil akhirnya tampil memohon maaf kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah selepas namanya disebut dalam satu rakaman podcast kontroversi yang menjadi tular sebelum ini.
Menurut laporan mStar, Farid mengakui kesilapannya dan memaklumkan bahawa beliau sendiri mengarah agar video tersebut diturunkan dari platform media sosial.
Sejujurnya video itu saya telah arah untuk turunkan kerana keterlanjuran saya bercakap. Saya menyesali jalan cerita yang saya kongsikan itu.
Farid Kamil sudah hantar mesej, tapi tiada jawapan?

Farid turut berkongsi bahawa beliau sudah menghubungi Jamal secara peribadi untuk membuat penjelasan dan menyampaikan permohonan maaf.
Saya sudah pun berhubung dengan Datuk untuk penjelasan dan permohonan maaf. Dia sudah baca, tetapi tiada respons. Saya akui silap.
Video podcast tular, kaitkan nama Jamal Abdillah dengan isu sensitif

Sebelum ini, satu video temu bual Farid menjadi bualan hangat netizen selepas dia menyebut nama Datuk Jamal dalam konteks yang dikaitkan dengan barangan terlarang, sekali gus mencetuskan kontroversi dan kecaman.
Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan, netizen menganggap kenyataan tersebut boleh mengundang salah faham.