Jakim Sedia Bantu Siasat GISB, Tegas Jaga Akidah Umat Islam Kata Menteri Agama | Oh! Media

Jakim Sedia Bantu Siasat GISB, Tegas Jaga Akidah Umat Islam Kata Menteri Agama | Oh! Media

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam isu melibatkan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan bahawa kerjasama ini penting untuk membantu siasatan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama negeri.

Kami tidak akan berkompromi dalam isu akidah umat Islam, yang wajib dipelihara sepanjang masa.- Tegasnya.

Beliau juga menyeru masyarakat yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan mencurigakan yang boleh memesongkan akidah untuk membuat laporan kepada PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta Jabatan Agama Islam Negeri.

Terdahulu, Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dilaporkan sedang memantau GISB selepas menerima empat laporan polis berkaitan eksploitasi kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menyatakan bahawa laporan itu melibatkan eksploitasi kanak-kanak untuk memungut dana dan derma.

Dr Mohd Na’im juga mengarahkan Jakim untuk bertemu pihak GISB bagi mendapatkan penjelasan lanjut, serta memperhebat usaha penerangan mengenai kepentingan menjaga akidah umat Islam.