JAIS Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Tapi Bukan Nadeera

JAIS Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Tapi Bukan Nadeera

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan kes tangkapan khalwat membabitkan seorang selebriti pada Selasa lalu, namun menafikan individu itu adalah penyanyi, Nadeera Zaini.

Memetik Harian Metro, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri memaklumkan Nadeera bukan individu yang ditahan dalam kes khalwat berkenaan.

BACA: Pengurus Nafi Nadeera Ditangkap Khalwat Petang Semalam

“JAIS sahkan tangkapan (khalwat) berlaku semalam (Selasa), namun, tidak membabitkan Nadeera seperti didakwa,” katanya.

Petang semalam, hangat diperkatakan mengenai berita seorang penyanyi yang juga bekas peserta program realiti didakwa ditangkap khalwat bersama kekasih berstatus suami orang di rumah sewa mereka pada Selasa lalu.

Susulan berita itu, timbul spekulasi penyanyi terbabit adalah Nadeera. Bagaimanapun, pengurusnya iaitu Acap menafikan dakwaan berkenaan.

Katanya lagi, Nadeera kini sedang sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL39) yang bakal berlangsung Ahad ini apatah lagi pertama kali bakal bertanding di pentas berprestij itu.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top