JAIS Akhirnya Sahkan Sesuatu Mengenai Penyanyi Wanita Yang Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang | Oh! Media

JAIS Akhirnya Sahkan Sesuatu Mengenai Penyanyi Wanita Yang Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang | Oh! Media

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan berlaku tangkapan khalwat membabitkan seorang selebriti pada Selasa lepas tapi pihaknya menafikan bahawa individu yang ditahan adalah penyanyi, Nadeera Zaini.

Menurut laporanĀ Harian Metro, kes tangkapan khalwat itu memang ada tetapi Nadeera tidak terlibat seperti yang didakwa di media sosial dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri.

Fitnah atau salah faham?

Nadeera Zaini

Spekulasi mengenai Nadeera ditangkap khalwat mula tular selepas seorang bekas peserta program realiti didakwa ditahan bersama seorang lelaki berstatus suami orang di sebuah rumah sewa sekitar jam 2 petang, Selasa lepas.

Isu ini menjadi semakin panas apabila nama Nadeera mula dikaitkan, lebih-lebih lagi dengan popularitinya menerusi lagu Bukan Lagi Kita.

Namun, pengurus Nadeera, Acap, segera tampil menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa Nadeera berada di tempat lain pada waktu kejadian.

Nadeera sibuk buat persiapan AJL 39

Nadeera Zaini

Acap turut menjelaskan bahawa pada hari kejadian, Nadeera sebenarnya sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini.

Dengan persiapan penting yang sedang dijalankan, tuduhan terhadap Nadeera dianggap sebagai tidak berasas dan mencemarkan nama baiknya.

#ApaKataOhmedia

Sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan kesahihan maklumat terlebih dahulu. Fitnah boleh merosakkan nama baik seseorang dan memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka. Jangan mudah percaya dengan gosip tanpa bukti!


Scroll to Top