RAMADAN telah berlalu, tetapi semangatnya tidak boleh kita kuburkan bersama hilangnya azan Maghrib terakhir. Betapa ruginya seorang hamba yang berpayah-payah mengemudi bahtera takwa sebulan lamanya, hanya untuk membiarkannya karam sebaik tiba di pantai Syawal. Apakah kita hanya hamba Ramadan, yang tekun beribadah hanya ketika ia hadir, lalu kembali alpa saat ia pergi?
Allah SWT memberi peringatan:
ููููุง ุชูููููููุง ููุงูููุชูู ููููุถูุชู ุบูุฒูููููุง ู
ููู ุจูุนูุฏู ูููููุฉู ุฃููููุงุซูุง
โDan janganlah kamu menjadi seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai-berai kembali.โ (an-Nahl: 92)
Betapa peritnya melihat benang-benang ketaatan yang telah dirajut dengan sabar, akhirnya terlerai begitu sahaja! Bukankah Ramadan itu madrasah? Ia mendidik kita untuk terus melangkah, bukan berhenti sebaik sahaja terbitnya Syawal.
Tanda keberhasilan Ramadan
Jangan sangka kita telah menang hanya kerana berjaya berpuasa sebulan penuh. Kemenangan bukanlah pada garis penamat, tetapi pada langkah yang berterusan. Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ุฃูุญูุจูู ุงูุฃูุนูู
ูุงูู ุฅูููู ุงูููููู ุฃูุฏูููู
ูููุง ููุฅููู ููููู
โAmalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dilakukan secara berterusan, walaupun sedikit.โ (HR Bukhari dan Muslim)
Lalu, adakah kita mahu kembali kepada lena panjang setelah terjaga dalam ketaatan? Teruskanlah:
โ Solat Tahajud & Sunat โ Jangan biarkan malam-malam selepas Ramadhan kembali gelap tanpa sujud dan doa.
โ Baca al-Quran โ Jika dahulu kita berbual mesra dengan kalam Allah setiap hari, mengapa kini mahu membisu?
โ Sedekah โ Jika tangan kita ringan memberi sewaktu Ramadhan, biarlah ia terus memberi tanpa menunggu bulan yang lain.
โ Menjaga Lisan โ Jika dahulu kita dididik berbicara dengan santun, mengapa kini mahu kembali kepada kelancangan?
โ Melatih Kesabaran โ Jika sabar itu mudah saat perut kosong, mengapa ia sukar saat diuji dengan manusia?
Rabbani atau Ramadhani?
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi rahimahullah pernah berkata:
ููููููุง ุฑูุจููุงูููููููู ููููุง ุชูููููููุง ุฑูู
ูุถูุงูููููููู
โJadilah kalian orang yang Rabbani, dan janganlah menjadi hanya orang yang Ramadhani.โ
Apa ertinya menjadi seorang Rabbani? Ia adalah seorang hamba yang tidak mengenal musim untuk beribadah, kerana hatinya sentiasa bernafas dengan takwa. Sedang Ramadhani hanya tunduk seketika, lalu berpaling apabila bulan berganti.
Rasulullah ๏ทบ sendiri, walau telah dijanjikan syurga, tetap bersungguh dalam ibadah. Baginda bersabda:
ููุงุนูููู
ููุง ุฃูููู ุฃูุญูุฏูููู
ู ูููู ููุฏูุฎููููู ุนูู
ููููู ุงููุฌููููุฉู
โKetahuilah bahawa amalan kalian tidak akan memasukkan kalian ke dalam syurga (tanpa rahmat Allah).โ (HR Bukhari dan Muslim)
Maka, mengapa kita merasa cukup dengan hanya sebulan taat Bukankah kita ingin kembali kepada Allah dengan amal yang diterima?
Jalan menuju istiqamah
Ramadan bukan sekadar kunjungan tahunan, tetapi sebuah latihan jiwa. Andai benar ia mendidik, kita pasti akan meneruskan langkah, bukan kembali ke titik mula.
ุงูููู
ุงุฌุนู ุฎูุฑ ุฃุนู
ุงููุง ุฎูุงุชูู
ูุงุ ูุฎูุฑ ุฃูุงู
ูุง ููู
ูููุงู ููู
โYa Allah, jadikanlah sebaik-baik amalan kami adalah pada penghujungnya, dan sebaik-baik hari kami adalah hari ketika kami bertemu dengan-Mu.โ
Jadilah seorang Rabbani, yang hatinya tidak terikat dengan Ramadan semata-mata, tetapi dengan Rabb yang menciptakan Ramadan.
DATUK DR AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa โ HARAKAHDAILY 2/4/2025
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembanganย beritaย terkini!