Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon Amir Ahnaf menafikan dakwaan dia menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita berasal dari Singapura.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Amir mengakui terkejut apabila melihat foto mesra itu tular serta menafikan itu adalah dirinya.
“Bila tengok saya macam ‘eh, ni bukan aku, jadi kenapa nak salahkan aku? Perkara itu pun dah tular, jadi saya tegaskan itu bukan saya. Itu saja,” katanya.
Pada Ogos lalu, nama Amir menjadi bualan ramai apabila tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura.
Sebelum itu, seorang wanita ada berkongsikan beberapa keping gambar didakwa pelakon itu serta mengatakan dia mengenali aktor itu sejak 30 Julai 2023.
SUMBER: Melodi