Isu Jalur Gemilang: AI punca kesilapan? Tak masuk akal! Usia Sin Chew Daily hampir 96 tahun

Isu Jalur Gemilang: AI punca kesilapan? Tak masuk akal! Usia Sin Chew Daily hampir 96 tahun

Pemimpin UMNO menyifatkan alasan akhbar Sin Chew Daily berkaitan isu Jalur Gemilang yang di akhbarnya yang kurang ‘sifat’ disebabkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) adalah tidak masuk akal.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata alasan tersebut tidak boleh diterima kerana proses membaca pruf sepatutnya telah dilaksanakan, apatah lagi penyunting berita itu merupakan warganegara tempatan.

Isu Jalur Gemilang, alasan AI punca kesilapan tak masuk akal

Isu Jalur Gemilang

“Kesalahan ini sangat serius dan seingat saya, kalau dahulu perkara sebegini berlaku, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggantung lesen percetakan dan syarikat dikehendaki membuat rayuan.
“Kalau tidak silap saya, tindakan ini pernah dikenakan terhadap akhbar The Star & The Echo di penghujung tahun 70an,” katanya.

Tegasnya, setiap eleman pada Jalur Gemilang penting kerana ia melambangkan identiti negara, lagi-lagi eleman bulan sabit yang melambangkan agama rasmi negara iaitu Islam.

Tengku Azman turut menegaskan isu Jalur Gemilang tersebut sepatutnya tidak berlaku kerana akhbar berkenaan mempunyai pengalaman yang cukup luas kerana berusia hampir 96 tahun disamping sudah menerima pelesenan daripada KDN.

Artikel lain: Jalur Gemilang tak lengkap tanpa bulan sabit? Kini giliran Kwong Wah Yit Poh disiasat MCMC!

“Bendera adalah identiti negara dan bendera Malaysia mempunyai elemen-elemen tersendiri. Apatah lagi elemen sensitif iaitu bulan sabit berwarna kuning yang melambangkan agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara hilang!
“Sebagai penerbit akhbar yang cukup pengalaman, berusia hampir 97 tahun (sejak 1929) dan dilesenkan oleh KDN, sudah semestinya kesilapan sebegini tidak boleh diterima.
“Jika kesilapan fakta boleh mengundang saman, apakah kesalahan memperlekehkan bendera Jalur Gemiling identiti Malaysia tidak perlu diambil tindakan?” ujarnya.

Isu Jalur Gemilang sepatutnya tidak berlaku, Sin Chew Daily sudah berusia hampir 96 tahun

Terdahulu, akhbar Sin Chew Daily telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan kekesalan atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan susulan penggunaan ilustrasi bendera kebangsaan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.

Jelas akhbar itu, pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital, ilustrasi yang telah dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula hari ini dalam versi cetak akhbar.

Sumber: Facebook Tengku Azman

Scroll to Top