Isu buka tudung, bekas teman lelaki harap Nonny Nadirah kuat tempuhi ujian

Isu buka tudung, bekas teman lelaki harap Nonny Nadirah kuat tempuhi ujian

Desas-desus mengenai pelakon Nonny Nadirah yang dipercayai sudah membuka tudung telah tular di media sosial sejak pagi tadi.

Hal ini diperkuatkan lagi dengan luahan dari sahabatnya iaitu Mila Jirin yang berasa begitu sedih mengetahui kondisi Nonny saat ini.

Perkara tersebut susulan daripada muat naik di Instagram Nonny Nadirah apabila memperlihatkan seorang wanita berpakaian seksi tanpa menunjukkan muka.

Tak hanya Mila, bekas teman lelakinya, Niezam Zaidi turut menitipkan pesan dan doa supaya pelakon wanita itu kuat dalam mengharungi dugaan walaupun sekadar menulis nama Nonny dengan ‘NNZ’.

Menerusi IG story Niezam, dia yakin bahawa pelakon kelahiran Sabah itu kuat dengan ujian yang sedang dihadapinya. Dia juga sempat menitip salam buat Nonny dan berharap pelakon berkenaan dan keluarga terus dilindungi oleh Allah S.W.T.

Niezam Zaidi dan Nonny Nadirah pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar pertengahan tahun lalu dan merancang untuk berumah tangga.

Namun, seminggu sebelum majlis pernikahan berlangsung yang dijadualkan pada Oktober 2020, pasangan selebriti ini mamaklumkan bahawa mereka telah membatalkan majlis tersebut dan menganggap masing-masing tiada jodoh.

Sumber: Niezam Zaidi, Nonny Nadirah