Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime – Hijabista

Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime – Hijabista

Melalui perkongsian Neelofa pada laman sosial Instagram, neneknya berkenan untuk bertemu dengan Ustaz Tarmizi yang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan Yayasan Ummah dan menariknya lagi apabila Allah mengizinkan keinginan hambanya yang sentiasa mengamalkan Al Quran maka bertemulah dalam majlis yang indah ini.

Nenek kepada selebriti, Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77, hadir turut menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Tujuan Al Quran Dan Al Sunnah Jadi Perpaduan Umat Islam. Nuzul Al Quran Peristiwa Teragung

Sakit bukan penghalang

Melalui perkongsian ya bersama Sinar Harian, tidak tinggalkan Al Quran dalam keadaan apa pun. Pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.

Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.

“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya semasa temubual bersama Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Oktober lalu.

Tetap berguru walaupun…

Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime

Melihat keadaan kesihatannya tidak seperti sebelum ini, namun Bibi Khoteja menyatakan guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya. Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime

Memanjat rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu ini, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Challenge’ Sambung Ayat Quran Di Tengah Bandar, Terkejut Bila Pak Cik Suara Merdu Ala Imam Solat Jumaat

“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.

Masyarakat rindukan Al Quran

Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.

Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime

Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.

Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.

Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime

My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: Sinar Harian

Recent Posts

Scroll to Top