Isteri Orang Dakwa Diganggu Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Pergi Dubai | Oh! Media

Isteri Orang Dakwa Diganggu Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Pergi Dubai | Oh! Media

Seorang wanita mendakwa diganggu oleh pesalah selebriti iaitu Syed, ketika isterinya, Hana Ismail, sedang sarat mengandung anak sulung pada Mei lalu.

Pendedahan ini dibuat melalui aplikasi Threads, di mana wanita tersebut mendedahkan bahawa Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, lebih dikenali sebagai Da’i Syed telah cuba menghubunginya walaupun mengetahui bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Wanita dakwa diganggu dan diajak ke Dubai oleg Da’i Syed…

Menurut wanita tersebut, Syed mengajaknya berbual melalui telefon dan Instagram, walaupun dia tahu wanita itu sudah berkahwin dan isterinya sendiri sedang hamil.

Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak dan pada masa itu, isteri dia pun sedang hamil. Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan ‘jom call’, ‘nak call’ (saya tak pernah angkat bercakap dengan dia melalui telefon).- Katanya.

Wanita itu juga turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka di DM (direct message) Instagram.

Ingatkan telefon untuk dapatkan nasihat guaman…

Pada mulanya, wanita tersebut menyangka Syed menghubunginya untuk mendapatkan nasihat guaman. Namun, perbualan mereka mula menjadi mencurigakan apabila Syed mengajaknya menemani ke luar negara.

Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang saja, tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan. Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petunjuk.- Jelasnya.

Wanita itu juga meluahkan rasa kasihan terhadap nasib Hana Ismail dan anak mereka yang baru dilahirkan.

Syed dihukum penjara 10 tahun dan sebatan…

Untuk rekod, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan baru-baru ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarifah Fatma Nour, pada 14 Ogos lalu.