Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan iaitu Puan Sri Elly Afizahwati Abdul memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.
Menurutnya, permohonan cerai itu difailkan atas faktor tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan suaminya, Musa yang dikahwini sejak 10 tahun lalu.
Turut hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud bagi mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Dalam pada itu, Elly Afizahwati mendedahkan suaminya sudah keluar dari rumah didiami mereka sejak enam bulan lalu.
“Tan Sri (Musa Hassan) pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” ujarnya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 11 Mei untuk sebutan semula kes yang difailkan oleh Elly Afizahwati.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai pertelingkahan yang berlaku antara sepasang suami isteri di mana lelaki berkenaan mirip bekas Ketua Polis Negara bersaksikan seorang kanak-kanak.
Bagaimanapun, Musa dalam satu ciapan di Twitter meminta orang ramai menghormati privasi selain tidak masuk campur akan urusan keluarganya.
Sumber: Berita Harian (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Terdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu.
Susulan itu, Musa dalam satu ciapan di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya susulan penularan video berkenaan.
Polis mengesahkan, membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video pertelingkahan itu tular.