Isteri beri hint bakal dapat ‘madu’, netizen anggap Azlan Komeng tak bersyukur

Isteri beri hint bakal dapat ‘madu’, netizen anggap Azlan Komeng tak bersyukur

Isteri pelakon Azlan Komeng seakan memberi bayangan bahawa bakal mendapat madu apabila suaminya dikatakan akan berkahwin lagi tidak lama lagi.

Perkara tersebut dikongsikan sediri, Nur Nilam Ortiz di TikTok miliknya sewaktu merakam momen Azlan sedang berbual menerusi telefon dengan seseorang dipercayai wanita yang akan dijadikan isteri.

Azlan Komeng nak ‘pasang’ lagi satu?

Meneursi hantaran tersebut, Nilam menyatakan yang suaminya sedang berbual dalam keadaan agak tegang dipercayai sedang bercakap dengan individu berkenaan.

“Jauh datang daripada KL sampailah ke Pantai Timur ini kan. Call saja, tak tahu la apa yang di call. Asyik bergaduh saja, belum kahwin lagi sudah bergaduh macam mana tu.
“Tapi tak boleh nak buat apa pula. Orang nak kahwin macam ni tau, mana-mana pergi pun call 24 jam. Belum kahwin lagi, dah kahwin tak tahu lah macam mana.
“Macam ini ya… laki orang bercinta macam ini eh. Nampak telefon dekat tangan. Tapi tulah, kalau cakap elok-elok tak apa, asyik nak gaduh saja,” ujarnya.

Isteri Azlan Komeng nasihat wanita cari lelaki yang sayang lebih dari kita

Dalam pada itu,  Nilam sempat menasihati para wanita supaya mencari lelaki yang benar-benar menyayangi mereka lebih dari diri sendiri.

Walau bagaimanapun, dia mengakui bahawa terasa perit menerima keadaan tersebut walaupun dia reda dengan takdir yang sudah ditetapkan.

“Tapi sebenarnya kan, perempuan korang kena cari lelaki yang sayangkan korang lebih daripada dia sayangkan diri dia. Kalau tak, dia akan jadi macam Abang Lan.
Paksa kahwin, nak kahwin, nak kahwin, okay akak bagi, tak ada masalah. Tapi 14 kali, 15 kali kau telefon dia, abang Lan tak suka tu tau. Abang Lan bukan orang macam itu tau. Tu lah, kita doalah yang baik-baik,
Sebenarnya perit juga hati ini. Tapi itulah, semua atas abang Lan sekarang ini. Doalah yang baik-baik. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah yang baik-baik dia datang kat kita,” katanya lagi.

Artikel lain: Ratusan ribu botol terjual, isteri Azlan Komeng terkejut terima anugerah usahawan

Betul-betul tak bersyukur

Susulan daripada perkongsian tersebut, netizen yang simpati dengan nasib isteri kepada pelakon tersebut mengatakan bahawa Azlan seperti tidak bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sanggup ada dalam keadaan susah dan senang.

Mana tidaknya, Azlan Komeng yang sebelum ini lumpuh disebabkan kemalangan jalan raya sudah kembali pulih dan boleh berjalan serta bekerja.

Nilam yang bersama-sama melalui episod hitam itu tidak pernah berputus asa mencari rezeki buat keluarga sepanjang suaminya terlantar dan berada di kerusi roda.

Tabahnya hati Kak Nilam

azlan komeng

Kenapa akak terlampau terima takdir?

Ni betul2 ke marketing kak?

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan selebriti ini dan mungkin apa yang mereka lalui adalah ujian dalam kehidupan berumah tangga.

Sumber: TikTok puan_nilamortiz

Scroll to Top