Isteri Abang Viva luah perasaan di TikTok apabila menyatakan bahawa suami suaminya bertukar-tukar mesej dengan seorang wanita.
Dalam hantaran tersebut Evanoza mempertanyakan tindakan yang dibuat oleh suaminya apabila didapati bermesej dengan wanita lain dan mendakwa individu tersebut adalah isteri orang.
Isteri Abang Viva dakwa suami mengatanya dekat wanita lain
Evanoza juga mendakwa suami dan wanita itu mengatanya dari belakang serta memberitahu sudah tidak sanggup bertahan dengannya.
“Tapi dalam masa yang sama kau mengata dan cakap tak tahan nak stay dengan aku.
“Aku dah cakap pintu sentiasa terbuka, kau datang tak diundang, kau pergi tak halang,” tulisnya.
Isteri Abang Viva kongsi perbualan suami dengan wanita lain
Menerusi salah satu tangkapan layar yang dikongsikan oleh Evanoza, perbualan itu juga menyentuh perihal rumah tangganya dan dipercayai suaminya akui tidak tahu sampai bila dapat bertahan dengan perkahwinan tersebut.
Artikel lain: Abang Viva & Aliff Syukri turun misi banjir, sama2 hantar bantuan di Terengganu
Paling sedih suami cakap isteri sendiri semak
Perkongsian yang dibuat oleh isteri kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar telah menarik perhatian ramai sehingga menerima pelbagai respon di media sosial.
Ada di antara mereka akui sedih jika seorang lelaki sanggup berkata begitu dengan wanita lain lebih-lebih lagi memperkatakan tentang keburukkan isteri sendiri.
Bagitahu je kak dekat suami dia
Seriuslah Abang Viva macam ni
Apa-apa pun, didoakan agar rumah tangga Abang Viva dan isteri terus bertahan dan tidak diganggu mana-mana pihak sehingga boleh merosakkan hubungan.
Sumber: TikTok evanozadsini2