Israel rancang wujudkan zon penampan di Lubnan, Syria

Israel rancang wujudkan zon penampan di Lubnan, Syria
Negara pengganas Israel mahu memperluaskan empayar jajahannya di Lubnan dan Syria. (FOTO: Energy Intelligence)
– Advertisement –

BEIRUT: Negara pengganas Israel merancang untuk mewujudkan zon penampan di Lubnan dan Syria.

Agensi media Turkiye, Hürriyet pada Rabu, memetik sumber, dalam laporannya berkata, “Israel melakukan segala-galanya untuk mengalihkan perang dari Lubnan ke Syria. 

– Advertisement –

“Israel telah menyerang Tartus, Hama, Homs, Aleppo, Dara dan juga ibu kota Damsyik. Ia telah memindahkan kereta kebalnya ke wilayah Syria. Israel tidak akan berpuas hati dengan ini sahaja.”

Tambah laporan itu, pengganas rejim Zionis itu mahu menguasai wilayah berkenaan sehingga ke Sungai Litani dan mewujudkan zon penampan di Lubnan dan Syria.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu berkata, lebih 20 serangan telah dilakukan ke atas kemudahan kesihatan di Lubnan sejak 17 September 2024 telah mengorbankan 72 nyawa dan mencederakan 43 yang lain.

“Sejak permusuhan meningkat antara Israel dan Lubnan pada 17 September 2024, WHO telah mengesahkan 23 serangan terhadap penjagaan kesihatan di Lubnan yang menyebabkan 72 kematian dan 43 kecederaan dalam kalangan pekerja kesihatan dan pesakit,”  kata WHO dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah bahawa 100 daripada 207 pusat penjagaan kesihatan primer dan dispensari di kawasan yang dilanda konflik kini ditutup.

“Bekalan di kemudahan kesihatan Lubnan telah kehabisan dan pekerja kesihatan keletihan,” kata organisasi itu. -Agensi/– HARAKAHDAILY 17/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top