Israel ‘diserang’ deman West Nile

Israel ‘diserang’ deman West Nile

BAITULMAQDIS – Dengan 12 kematian baharu disahkan Jumaat, Israel telah merekodkan 31 kematian akibat demam West Nile sejak wabak tersebut melanda pada awal Mei.

Kementerian Kesihatan Israel melaporkan 49 kes jangkitan baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes demam meningkat kepada 405, menghampiri rekod tertinggi tahunan sebanyak 425 kes pada tahun 2000.

Kementerian menyifatkan morbiditi tinggi itu disebabkan oleh cuaca yang lebih panas dan lebih lembap di wilayah itu yang memudahkan nyamuk, perumah menghantar virus daripada burung melalui gigitan kepada manusia.

Laman web berita Israel Ynet melaporkan, kebanyakan individu yang dijangkiti adalah warga emas berumur 70 tahun ke atas, manakala kanak-kanak turut didiagnosis dengan virus itu.

Kebanyakan jangkitan manusia tidak menunjukkan simptom selsema ringan, tetapi kadangkala, sesetengah orang mengalami penyakit teruk yang menjejaskan sistem pusat saraf,

Awal minggu ini, ketua pegawai veterinar Israel, Tamir Goshen, memberitahu, 159 ekor burung ditemui dijangkiti virus itu dalam dua bulan lepas, berbanding hanya tiga jangkitan dalam kalangan burung sepanjang 2023. – Agensi