Israel dakwa komander kanan Hamas terbunuh

Israel dakwa komander kanan Hamas terbunuh

GAZA – Tentera Israel mendakwa, komander kanan Hamas iaitu Rafa Salama terbunuh dalam serangan udara di Gaza pada hari Sabtu.

Namun Hamas belum mengesahkan laporan tersebut.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata, serangan Israel menembusi kem pelarian di zon kemanusiaan yang ditetapkan di Khan Younis, membunuh sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin dan mencederakan 289 yang lain.

Israel berkata, serangan itu menyasarkan pemimpin kanan Hamas, tetapi Hamas berkata dakwaan itu palsu.

Sebaliknya, Hamas berkata, alas an rejim zionis itu sekadar untuk “membenarkan” serangan tersebut.

Saksi berkata, mereka melihat sekurang-kurangnya lima pesawat perang besar mengebom di tengah-tengah kawasan Al Mawasi, barat Khan Younis.

Kebanyakan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Nasser.

Bagaimanapun, menurut pegawai dan pegawai perubatan tersebut, kemudahan itu ‘tidak lagi dapat berfungsi’ kerana n jumlah korban yang besar.

Bercakap kepada Newshour di BBC World Service, Dr Mohammed Abu Rayya, yang berada di hospital berkenaan berkata, majoriti mereka yang cedera mengalami beberapa luka serpihan.

“Kawasan ini seperti berada di dalam “neraka”,” katanya sambil menambah kebanyakan mangsa adalah orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

Tentera Israel menuduh Salama, komander Briged Khan Younis, adalah salah seorang “dalang” serangan 7 Oktober 2023 dan rakan rapat Mohammed Deif, komander tertinggi sayap tentera Hamas.

Jurucakap tentera berkat,a kematian Salama “secara ketara akan menjejaskan keupayaan ketenteraan Hamas”.

Tidak diketahui sama ada Deif dibunuh.

Tentera Israel berkata, Deif turut menjadi sasaran dalam serangan itu.

Deif telah menjadi antara individu paling dikehendaki Israel selama beberapa dekad dan dipersalahkan oleh pihak berkuasa Israel atas pembunuhan orang awam dan tentera. – Agensi