Isi minyak dalam tong? Dua lelaki Singapura mengamuk selepas ditegur ‘rider’

Isi minyak dalam tong? Dua lelaki Singapura mengamuk selepas ditegur ‘rider’

Tular satu video memaparkan dua lelaki dipercayai warga Singapura mengamuk dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak berdekatan Sunway Iskandar, Iskandar Puteri, Johor semalam.

Menerusi akaun @matkibot di aplikasi TikTok, kedua-dua lelaki itu tidak berpuas hati selepas ditegur penghantar makanan kerana didakwa mengisi minyak ke dalam sebuah tong.

@matkibot

#singaporespoilmalaysia #malaysiapeace #jocelynchia #grabrider #durian #foodpandariders #grabrider #singporerude #therud #whyyousoobsessedwithme

♬ original sound – matkibot – matkibot

Berdasarkan rakaman berdurasi hampir dua minit itu, kelihatan dua anggota polis bantuan berada di lokasi kejadian untuk meredakan situasi namun kedua-dua pihak terus bertikam lidah.

Malah, salah seorang lelaki Singapura tersebut mengeluarkan sejenis peralatan seperti pengunci stereng dari bonet kenderannya seolah-olah mahu melakukan provokasi.

Ketika polis bantuan meminta kad pengenalan kesemua yang terlibat, seorang lagi lelaki Singapura cuba menyerang penghantar makanan berkenaan tetapi berjaya dihalang pihak berkuasa.

Rakaman itu meraih 1.2 juta tontonan namun pemilik akaun TikTok tidak membenarkan netizen meninggalkan sebarang komen pada video tersebut.

Dia sebaliknya hanya menulis ‘#takdirgrabrider’, ‘rampas telefon saya’ dan ‘semua warga Malaysia tolong menyokong untuk menghentikan ini’.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung video tular berkenaan.

Sumber: TikTok @matkibot

Scroll to Top