Iqbal Dah Bosan Hidup Mewah, Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu

Iqbal Dah Bosan Hidup Mewah, Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu

Pempengaruh media sosial dan penyanyi sensasi, Iqbal Zulkefli mengakui dia sudah bosan hidup mewah serta mahu mengubah gaya hidup agar tidak boros berbelanja.

Menerusi soal jawab di Insta Story, Iqbal berkata dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu tanpa sedar.

“Beberapa tahun lalu saya boros, saya boleh habiskan RM1 juta dalam masa seminggu sahaja tanpa saya sedar.

“Sekarang sangat jauh berbeza. Banyak barangan mewah kepunyaan saya yang beratus ribu. Ada barangan mewah saya yang tidak pakai, saya jual semula. Bosan juga ya terlalu mewah,”katanya.

Dalam pada itu, Iqbal juga memberitahu dia perlu berjimat cermat kerana banyak komitmen yang perlu dibayar tambahan pula dia bekerja sendiri.

“Sekarang banyak fikir bisnes sahaja. Banyak komitmen yang perlu bayar. Tambah-tambah lagi, hasil pendapatan itu daripada saya sendiri,” tulisnya.


Scroll to Top