Intan Najuwa syukur, suami sediakan tiga pengasuh uruskan anak – “Saya dapat rehat yang cukup..”

Intan Najuwa syukur, suami sediakan tiga pengasuh uruskan anak – “Saya dapat rehat yang cukup..”

Pelakon Intan Najuwa syukur apabila suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman mengupah tiga pengasuh bagi membantunya menjaga anak tercinta, Imane Lunara.

Menurut pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, inisiatif yang dilakukan oleh suaminya itu adalah mahu memastikan dia mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak pertama mereka.

“Luna kini mempunyai tiga pengasuh, dan mereka semua tinggal bersama kami.
“Satu membantu pada siang hari, satu lagi bertugas pada waktu malam, dan seorang lagi menguruskan barang-barang Luna
“Suami saya yang mengatur semua ini untuk memastikan saya mendapat rehat yang cukup dan boleh menjaga diri saya,” katanya menerusi Instagram Story.

Artikel lain: Intan Najuwa akui diri tak kuat, ‘respect’ ibu yang jaga anak tanpa pembantu

Intan Najuwa syukur

Pun begitu, aktres berusia 28 tahun itu menjelaskan dia tidak hanya goyang kaki di rumah disaat tiga orang pengasuh menjaga Imane Lunara.

Ujarnya, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan tugas pengasuh hanyalah membantu melancarkan urusan hariannya sahaja.

“Saya tetap menjaga Lunara, mereka sekadar menyokong saya dalam pelbagai perkara.

Intan berkata, dia bersyukur dengan segala usaha dilakukan oleh suaminya dan berharap tiada pihak salah faham dengan keputusannya mendapatkan bantuan menjaga anak.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.

Sumber: IG Intan Najuwa

Scroll to Top