Pelakon cantik, Intan Najuwa akui diri tak kuat apabila perlu menjaga bayinya seorang diri dan sangat menghormati golongan ibu yang menguruskan anak tanpa seorang pembantu.
Menerusi siaran langsung Intan Najuwa atau nama sebenarnya, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid dia menyatakan rasa kagum terhadap golongan ibu yang menjaga anak-anak tanpa bantuan helper memandangkan dia sendiri tidak kuat dengan hal itu.
Intan Najuwa akui diri tak kuat nak jaga anak seorang diri
Walaupun baru mempunyai seorang anak, Intan Najuwa akui diri tak kuat dari segi mental dan sangat ‘respect’ dengan ibu-ibu yang mampu menguruskan bayi walaupun selepas melahirkan anak.
“Kepada semua ibu-ibu yang menjaga anak tanpa pembantu, korang memang kuat.
“Saya sangat hormat para ibu yang jaga anak terutama yang baru lahir.
“Saya tidak sekuat korang untuk jaga seorang diri sebab mungkin saya jenis tak kuat dari segi mental,” ujarnya.
Intan Najuwa akui diri tak kuat, pernah sama2 menangis bila anak meragam
Dia yang berkongsi pengalamannya menjadi seorang ibu mendedahkan turut menangis sama apabila anak sulungnya Imane Lunara turut menangis sehingga membuatkan suaminya pening kepala.
Jadi, dia sangat memerlukan bantuan pembantu dalam menguruskan anak kerana kadang kala situasi yang dihadapi menjadi hura hara apabila anak mulai meragam.
“Saya yang ada pembantu pun pening.
“Puting ke sana, botol susu dah ke sana, bedung entah dekat mana.
“Luna nangis, saya pun nangis.
“Lepas itu, bila kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pulak panik.
“Sampai lupa nak buat apa,” katanya lagi.
Artikel lain: Panik anak mungkin ada kahak, Intan Najuwa bawa Imane Lunara ke wad kecemasan
Terima kasih Intan
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menghargai pujian yang diberikan pelakon itu kerana mengakui bukan mudah menjadi seorang ibu yang baru melahirkan anak tanpa dibantu oleh sesiapa lebih-lebih lagi ketika dalam pantang.
Walau bagaimanapun, ramai ibu-ibu menyatakan sebenarnya mereka juga tidak kuat, namun terpaksa melakukannya sendiri berikutan kewangan yang tidak berapa kukuh untuk menggajikan pembantu.
Kami bukan kuat, tapi kena tunjuk kuat
Ramai alami perkara sama
Sebenarnya tak kuat, tapi tiada pilihan lain
Apa-apa pun, semua ibu adalah insan yang cukup kuat kerana sudah berjuang untuk membesarkan anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi.
Mereka semua layak diberi penghargaan kerana sudah berkorban jiwa dan raga demi buah hati tersayang tidak kira status kehidupan mereka.
Sumber: TikTok dipapojusintannajuwa